top of page

NASI GUNTING, MELAKA TAK AKAN POTONG SELERA ANDA!

  • Writer: UdEsHah Shah
    UdEsHah Shah
  • Dec 28, 2018
  • 1 min read

Kalau datang Melaka, kadang - kadang agak susah nak cari kedai untuk bersarapan kan? Sebagai salah seorang anak jati Melaka, saya ingin mencadangkan satu tempat yang tak ramai yang tahu.



Terletak di food court pasar besar Melaka di Melaka Sentral, kedai Nasi Gunting ini sangat popular dikalangan rakyat Melaka. Apa yang menarik di kedai Nasi Gunting ni, lauk nya tidak dipotong tetapi di gunting.




Walaupun cuma Nasi putih, telur masin, timun, sambal belacan dan gulai campuran daging dan hati, ternyata kombinasi ni memang sedap.



Kalau ada yang ingin cuba, saya nasihatkan supaya pergi dengan lebih awal kerana Nasi Gunting ni cepat habis! Ok, selamat mencuba.


Comments


bottom of page