AWEK CHUCK TAYLOR, MEMANG COOL HABIS!
- UdEsHah Shah
- Jan 3, 2019
- 1 min read

Nami Cob Nobbler adalah antara penulis buku indie yang saya minat. Jalan penceritaan dan penulisan beliau menjanjikan kelainan dan "twist" dibeberapa babak.
Awek Chuck Taylor merupakan catatan dari kisah benar yang mungkin penulis lalui sendiri. Oleh itu, watak dan kesan pada babak-babak sedih, boleh saya rasai. Buku ini mengisahkan tentang perjalanan seorang pemuda yang bernama Hafiz. Hafiz terjatuh hati pada seorang gadis bernama Miera yang gemar memakai kasut Chuck Taylor.
Miera mempunyai seorang adik yang bernama Nana. Sudah tentu perwatakan mereka begitu berbeza. Yang kakak, garang dan ganas macam singa. Yang si adik pula, lemah gemalai bagai puteri. Hati mana yang tidak terusik tatkala bertemu si adik yang berpewatakan lembut itu? Tanpa disedari wujudlah cinta 3 segi antara mereka.
Lalu, Hafiz pilih siapa? Untuk anda yang mencari-cari ataupun baru ingin berjinak-jinak dengan novel indie, saya sarankan buku ini sebagai permulaan. Gaya bahasa dan penulisan straight to the point dan simple sahaja.
Untuk pengetahuan anda semua, Miera dan Nana telah pun meninggal dunia..( dalam realiti ya). Sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka ya.
Comments