LEBANESE : BUKU LGBT YANG MENGINSAFKAN
- UdEsHah Shah
- Dec 28, 2018
- 1 min read

Lebanese penulisan Andra Ziyyad yang boleh ditemui secara online ataupun di Karangkraf Mall, Seksyen 15, Shah Alam.
Penulis cukup berani mengketengahkan isu LGBT yang saya kira begitu sensitif di mata masyarakat khususnya rakyat Malaysia. Secara jujur penulisan dan plot cerita ini agak baik namun, penulis seakan hilang "idea" di penghujung penulisan.
Buku ini mengisahkan tentang 2 orang gadis yang secara azalinya "lurus" namun apabila cinta datang mengetuk pintu hati, manakan ia kenal siapa dan dapat membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Bermula sebagai kawan baik, akhirnya bibit sayang dan cinta mula berputik antara mereka.
Bermula dari perkenalan biasa, akhirnya mereka masing-masing kalah dengan perasaan sendiri dan menidakkan fitrah dan hukum Tuhan. Adakah cinta terlarang antara Hani dan Julia dapat bersatu? Well, kalau nak tau kenalah baca!Oh ya, spoil sikit..di pengakhiran buku, plotnya agak bertukar sedikit.
"Every girls are tend to be gay no matter how straight they are". Itu antara ayat-ayat yang dipetik melalui buku ini. Tidak dinafikan, kajian juga telah menunjukkan yang 90% wanita adalah "biseksual" tanpa sedar. Teringat pula kata-kata pelakon dalam drama bersiri LGBT dai US bertajuk THE L WORD.." straight girls are like spageti, straight until wet".. Hahah. Kalau tak faham, sila abaikan.
Bagi yang sedang mencari-cari bahan bacaan dan mungkin anda pernah tertanya-tanya "boleh ke straight girl jadi lesbian?".. Anda akan temui jawapan dalam buku ini.
Saya bagi 3.4 bintang!
Comments