INDIA : CANTIK YANG TERSEMBUNYI
- UdEsHah Shah
- May 20, 2020
- 5 min read
Kata orang, seorang pengembara atau kaki travel belum lengkap "portfolio" nya jika belum pernah ke negara India.
Oleh itu, saya mengambil langkah berani untuk cuba mengembara ke negara ini. Tak banyak travel company yang offer pakej ke India mungkin sahaja kerana termakan dengan kata-kata orang yang India ini negara kotor.
Saya pilih Trip Adik-Beradik ( TAB ) untuk ekspedisi kali ini. Bukan apa, bahaya jugak kalau travel sorang memandangkan saya ni perempuan. Faktor keselamatan amat penting ya! Saya ke India pada bulan Januari 2018 dan booking untuk travel ni, saya dah buat dari bulan Jun 2017 lagi. Sempatlah kumpul duit dan sediakan apa yang patut.
Visa Application
Visa untuk ke India kena buat sendiri. Waktu saya buat dulu, harganya kurang dari RM200. Sekarang ini, saya tak berapa sure berapa ringgit. Untuk apply visa, boleh ke sini http://www.indiavisa.com.my/index1.php
Pastikan setiap detail di isi dengan betul dan lengkap sebab kalau tak, mereka akan reject permohonan anda dan memang kene tunggu lamalah untuk settlekan di sana
Dari KL, saya menaiki pesawat Malindo Airlines yang terus ke lapangan terbang New Delhi. Saya berseorangan dari KL. Tak kenal sesiapa pun yang akan turut serta dengan ekspedisi ni. Sampai saja di airport, rupanya ramai juga yang sama flight dengan saya.
New Delhi - Agra
Perjalanan menaiki bas mengambil masa lebih kurang 4 jam. Mereka ada highway ok! Dari pemerhatian saya, India bukanlah negara yang terlalu kotor. Mungkin ya, cuma mereka ini cuaca kering. Jadi penuh dengan habuk di sana sini. Sebab tu, mungkin nampak agak kotor.

Agra ini antara negeri yang femes di India kerana di situlah terletaknya Taj Mahal. 7 wonders of the world!Untuk ke Taj Mahal, kita perlu menaiki "coaster" khas yang disediakan. Ini kerana mereka ingin mengurangkan kadar pencemaran di kawasan berdekatan dengan Taj Mahal. Sekuriti sewaktu nak memasuki kawasan Taj Mahal ini agak ketat. Anda tidak dibenarkan membawa sekfie stick atau tripod. Mereka akan buka satu persatu beg dan peralatan anda. Dan untuk wanita, bersiap sedialah. Bila masa security check, memang segenap tubuh badan ni akan mereka raba ya! haha..free-free je dapat raba iolss..(naseb security perempuan).

Kalau anda datang ke Taj Mahal pada hari Sabtu atau Ahad, memang perlu bersiap sedialah kena photoboom ya! Memang terlalu ramai. Untuk masuk ke Taj Mahal, mereka dah asingkan pintu untuk warga asing dan rakyat India dan anda akan diberikan "shoe cover" sebab taknak kotorkan lantai di sana.

Rasanya semua tahu kisah cinta antara King Shahjahan dan Mumtaz kan? Bagaimana terbinanya Taj Mahal sebagai tanda cinta Shahjahan kepada Mumtaznya. Kalau tak tahu, rasanya boleh google nanti. Hahaha
Agra Fort


Agra Fort ini merupakan Istana tempat tinggal datuk kepada King Shahjahan. Kawasannya besar dan seni pembinaannya sangatlah cantik. Sewaktu pemerintahan King Shahjahan, beliau ada merobohkan beberapa kawasan di sini dan membina semula dengan menggunakan marble putih. Menurut cerita, King Shahjajan menghembuskan nafas terakhir beliau di Agra Fort ini.


Sekarang ni, separuh dari Agra Fort ini dijadikan markas tentera India.
Dari Agra Ke Jaipur
Jaipur terkenal dengan nama Jaipur Pink City sebab kebanyakan marble atau batu-batuan aslinya bewarna Pink.




Amber Fort
Amber Fort ini antara lokasi pelancong paling popular kerana di sini kebayakan pelancong akan menaiki Elephant Ride. Cukup saya katakan suasana dan senibina di India ini sememangnya cantik dan teliti. Amber Fort ini sangat sesuai kalau dijadualkan untuk pergi pada waktu pagi. jadi tidak terlalu panas dan anda boleh menikmati pemandangan yang cukup indah. Tak perlu juga beratur panjang untuk naik gajah!
Mungkin ada antara korang yang yang memang tak nak naik gajah atas sebab-sebab tertentu. Jangan risau, jeep juga ada disediakan. Naik jeep memang lajulah sikit.Naik gajah boleh fefeeling macam Karisma Kapoor dalam citer Hum Saath Saath Hai. Hahah



Shimla
Dari Jaipur, kami pulang semula ke New Delhi dan keesokkan paginya, kami meneruskan perjalanan ke Shimla! Siapa yang tahu Shimla??? Pernah dengar kan? Dalam beberapa filem Hindustan macam Kuch Kuch Hota Hai dan 3 Idiots.
Perjalanan dari New Delhi ke Shimla agak jauh. Sekitar 8 jam. Pada permulaan perjalanan, memang jalan lurus dan elok. Di pertengahan, ada tempat yang tiada highway. Untuk terus naik ke Shimla (kawasan atas bukit ), bas memang tak boleh naik, Jadi, kami terpaksa tukar kenderaan kecil (coaster dan van). Peringatan untuk anda yang senang pening / mabuk jika jalan pusing2, sila sediakan ubat tahan muntah ya.
Pada bulan Januari, kebiasaannya Shimla akan mengalami musim sejuk dan dijadualkan bahawa salji akan turun. Malang untuk saya dan yang lain, salji satu titis pun takdak! hahahah.
Cuaca di sini memang sejuk walaupun tiada salji. Jadi baju sejuk perlulah anda bawak sekali. Kebanyakan hotel di sini terletak di lereng-lereng bukit. Stamina untuk turun -naik bukit tu, mesti adalah. Kalau tak, memang semput
Kami tinggal di sini selama 2 malam dan sempat menikmati cuaca sejuk dan pemandangan bukit-bukau yang sememangnya cantik dan segar.
Tiada gambar di Shimla yang sempat saya rakam kan kerana saya mengalami sakit kepala akibat dari perjalanan yang jauh dan jalan yang berpusing-pusing.
New Delhi
Setelah 2 malam berada di Shimla, kami ke New Delhi semula untuk hari-hari terakhir. Pada hari terkahir ini, kami di bawa menaiki train / metro di sini. Tak bersesak seperti dalam tv. Mungkin kerana ini adalah train di dalam bandar dan bukan antara bandar.
Masjid Jama
Kami di bawa melawat sekitar masjid Jama. Di luar kawasan masjid inilah anda boleh membeli belah. Terdapat gelang, scarf, pashmeena dan banyak lagi yang dijual di sini dengan harga yang murah. Pastikan anda sediakan wang kecil ya.

Chandni Chowk
Chandni Chowk juga adalah syurga untuk anda membeli belah. Di sini, anda boleh membeli kain saree untuk dijadikan baju kurung. Kain Saree di sini memang murah walaupun ianya ditenun atau handmade.Pastikan anda teliti jahitan mereka dan jangann terpedaya, tau!


Sebelum mengakhiri penulisan dan perkongsian pengalaman saya, saya akan berikan beberapa tips dan juga kos ringkas untuk anda teliti.
TIPS:
1) India sangat terkenal dengan culture "pemberian tips". Pastikan anda lakukan segala-galanya sendiri. Contoh : angkat beg dari lobi ke bilik.
2) Jika anda menaiki kenderaan awam seperti rickshaw (beca) mereka, pastikan anda deal harga dulu dan pastikan mereka tahu destinasi anda. Kadang-kadang mereka hantar ke tempat lain dan minta bayaran lebih kalau nak hantar ke tempat yang dah dipersetujui tadi. Haih...
3) Sediakan wangkecil di mana-mana. Kalau anda membeli di kedai tepi jalan, pastikan anda membayar dengan wang kecil kerana kalau bagi duit besar, mereka akan tipu sikit untuk bagi duit baki.
4) Pastikan anda bawa segala maknenek punya ubat. Disebabkan cuaca yang kering dan dipenuhi dengan habuk, kesihatan kita mungkin akan terjejas juga. Pastikan anda sediakan ubat demam, ubat selsema, ubat sakit tekak, vicks, vaselin dll
5) Sentiasa minum air botol. Jangan sesekali minta air biasa di kedai makan. Sumber air di India ini memang kotor dan mereka menggunakan air paip. Jadi, sentiasa beli air mineral botol untuk minum.
6) Bawa makanan sebagai bekalan. Kalau anda boleh tahan untuk menikmati kari sepanjang ekspedisi di India, tak perlu bawa makanan dari Malaysia. Tapi boleh ke tahan kalau dari sarapan pagi dah disajikan dengan makanan yang penuh dengan kari? Sayur campur goreng pun bubuh kari tau! Adoiii...
7) Jangan expect boleh makan atau jupa daging. Haha..ya..mereka tak makan daging langsung kecuali kambing. Untuk makanan halal, memang tak susah nak cari sebab kebanyakan orang India ialah vegetarian.
Kos :
Penerbangan dari KLIA - New Delhi : RM 1000 ( Malindo Airlines )
Pakej TAB - RM 1990 (Tanpa flight dan lunch )
Kos tiket masuk dan lain-lain : boleh cek melalui online.
Anggaran kos kerosakkan pada wallet : RM 3500 (termasuk perbelanjaan sendiri untuk membeli belah)
Comments